Dlm meneruskan perjalanan hidup ini, Allah hadiahkan sebuah perjuangan yg kadangkala menggoda iman kita untuk terus teguh berdiri, kadangkala sahabat tak sehaluan, kadangkala cemerlang gagal dicapai, kadangkala sakit yg mendatang...Namun itulah yg harus dihadapi, lumrah kehidupan ...kita tak boleh selamanya berada dlm suasana yg selesa.
Maksud firman Allah : "Dan boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal ia baik bagi kamu, tetapi boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagi kamu." (AL-BAQARAH-216)
Letakkan pengharapan pada PENCIPTA dan bukan pada CIPTAANNYA. Biar hilang kawan kerana BERJUANG tetapi jangan hilang kawan SEPERJUANGAN. Begitulah kehidupan di jeti persinggahan ini, pasti ada pahit manisnya untuk dibawa pulang ke kampung akhirat:-) sahabat-sahabatku....teruskan perjuangan!