BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 30, 2009

Sekilas pandang untuk renungan kita bersama...

عن عمرو بن عوف الانصاري (ر) قال : قال رسول الله صلّى الله عليه وسلم : اَظُنُّكُم قَدْ سَمِعْتُمْ أَنَّ أَبا عُبَيْدَةَ بْنِ اْلجََرَّاحِ قَدْ جَاءَ بِشَيْءٍ قالوا : اَجَلْ يا رسول الله ! قال : فأَبْشِرُوا وَأَمِّلوا ما يَسُرُكُمْ ، فواللهِ ما الفَقْرَ اَخْشَى عليكم ، ولكنّي اخْشَى أنْ تَبْسَطَ الدُّنيا عليكم كما بُسِطَتْ على مَنْ كان قَبْلَكم ، فَتَنَافَسُوْها فَتُهْلِكَكُمْ كما اَهَلكَثْتُمْ-البخاري

Daripada Amru Ibni ‘Auf Al-Ansari (R) berkata : Sabda Rasulullah (s.a.w) : “Saya anggap kamu sudah mendengar berita kedatangan Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah dengan membawa sesuatu (harta jizyah).” Jawab mereka: Benar wahai Rasulullah Sabdanya : “Bergembiralah dan bercita-citalah sesuka hati kamu. Demi Allah bukan kemiskinan yang saya takut menimpa kamu tetapi yang sangat saya takuti ialah kemewahan dunia akan menguasai kamu sebagaimana yang telah berlaku terhadap mereka yang sebelum kamu. Maka kamu akan berebut seperti mereka maka ia akan membinakan kamu sebagaimana ianya telah membinasakan mereka.

Dalam hadis ini Rasulullah (s.a.w) memberi ingatan bahawa yang paling ditakuti dari umatnya bukanlah keadaan mereka yang miskin tetapi kesenangan dunia dan kemewahannya yang mempengaruhi mereka. Mereka akan berlumba-lumba mengejar kepentingan diri masing-masing, dan dari situ timbullah di kalangan mereka sengketa dan kekacauan yang akan menghancurkan mereka sebagaimana yang telah berlaku kepada umat-umat yang dahulu.

Hendaklah sedar bahawa dugaan yang dihadapi dalam kesenangan seseorang tidak kurang hebatnya dari apa yang ditempuh dalam kesusahan hidupnya.

0 comments: