Kebahagiaan di akhirat sangat bergantung kepada kebahagiaan di dunia. Sebab itu,orang yang mempunyai akal tahu bahawa hidup dunia ini berhubungan dengan hidup di akhirat nanti, ia adalah sebahagian dari hidup yang satu, yang ghaib dan yang nampak, dunia dan akhirat, kini dan esok, itu sebenarnya satu. Ada yang menyangka bahawa hidup hanyalah hidupnya ini di dunia sahaja, kerana itu dia menimbun harta sebanyak-banyaknya. Dia mencari keabadian, dan hatinya sudah melekat kepada hidup ynag fana ini. Tetapi tiba-tiba ia mati, semau keinginan, angan-angan,dan cita=citanya hanya menumpuk di dalam dada.
Kami bertolak pagi dan petang untuk keperluan kita
Padahal keperluan orang yang hidup tidak pernah ada habisnya
Keperluan manusi itu mati bersamanya
Dan masih ada keperluan lain yang belum terlaksana
Berulangnya pagi dan berlalunya petang menghantar yang kecil
Menjadi tua
Dan yang tua menjadi tiada
Jika malam sudah berganjak tua
Akan segera datang hari lain menggantinya
Manusia sering berangan-angan muluk, berlama-lama dalam mimpi, berobsesi terlalau tinggi, berkeinginan untuk hidup kekal dan terus mencari. Tetapi tiba-tiba di antara kita pergi menghadapNya tanpa lebih dulu diajak bermesyuarat, tanpa diberi khabar dan tanpa pernah diberikan pilihan:
“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok . dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.”
Terdapat tiga soalan tentang hakikat bahagia :
Pertama: Adakah kita memperkirakan bahawa kita akan mendapat ketenangan dan ketenteraman jika kita belum redha dengan Tuhan, dengan hukum-hukum, perbuatan-perbuatan, qadha dan qadhaNya, dan belum redha dengan rezeki dan dan anugerah yang Allah berikan kepada kita?
Kedua: adakah kita sudah mensyukuri semua nikmatNya, anugerah, dan berbagai-bagai kebaikan yang diberikan sehingga kini kita menuntut dan meminta yang lain? Orang yang tidak mampu mensyukuri yang sedikit maka dia tidak mamapu untuk mensyukuri yang banyak.
Ketiga: mengapa kita tidak mengambil faedah dari yang sudah Allah anugerahkan pada kita, supaya kita boleh mengembangkannya, membersihkannya dari semua kekejian dan selanjutnya kita dapat memberi manfaat, sumbangan, dan pengaruh dalam hidup ini?
Sifat-sifat terpuji dan anugerah-anugerah yang mulia, sebenarnya ada di dalam akal dan jasad kita. Tetapi itu, bagi sesetengah kita, dilihat seperti barang galian yang mahal yang terkubur di dalam kubur tanah, di dalam perut bumi yang hingga kini belum ditemukan orang yang boleh mengeluarkannya dari dalam bumi untuk kemudian dicuci dan dibersihkan supaya menjadi, berkilau.
0 comments:
Post a Comment